Friday, May 29, 2009

Syurga Cinta ...Wajib Tonton beb...


Semalam aku telah 'dipaksa' oleh member2 satu pejabat untuk menonton 'Syurga Cinta' filem arahan Ahmad Idham. Waktu tayangan pukul 7.30, jadi aku ni mcm biasa terkejar-kejar dengan waktu solat dan masa tayangan.Tapi Alhamdulilah sempat lah juga aku masuk 5 minit cerita tu ditayangkan.
Setelah aku menonton 'Syurga Cinta' , serius lah memang berbaloi tiket wayang RM 10. Pada mulanya aku ingat cerita ni ala-ala filem indonesia kegemaran aku ' Kiamat Sudah Dekat' .Konsep memang sama ,filem berunsur Islamik, merubah lelaki yang jahil tentang Islam kepada muslim yang lebih baik.Tapi gaya penceritaan totally berbeza.
Filem ni tampak macam ringan tapi sarat berisi mesej dan peringatan yang berguna buat kita yang bergelar hamba-Nya pada yang Satu.Lakonan Awal dan Heliza AF bagi aku tak mengecewakan. Terutama Awal, aku tak sangka dia boleh bawa wataknya dalam Filem 'syurga Cinta ' dengan baik.Sebab berat jugak watak yang dia bawakan.

Nak aku cerita tentang sinopsis ceritanya,nanti dulu kot...pergi tengok dulu, baru feel sendiri.hehehe..tapi serius memang tangkap nangis.Bukan sebab ceritanya jiwang, tapi filem ini buat kita sedar siapalah diri kita disisi -Nya...Terlalu lalai hingga lupa siapa kita dan mengapa kita disini.Jadi jangan lepaskan peluang menonton 'Syurga Cinta' di pawagam terdekat anda....

Monday, May 25, 2009

What is My1stop Virtual Shopping Mall for Dummies???


My1stop.com.my known as Virtual Shopping Mall, some of you had heard it some you don't.Hmm ok where should I begin. Basically I had been asked by so many people such as below questions:

1. What is My1Stop?
2. How to use it?
3. To be the member should I need to pay anything?

and the best final question,
4.Why should I have an E-store in My1stop cause I already had my own website or blog which already provided the payment system online?

Now I start to think like them too.Then I can answer without using confusing ,technical IT words which me personally admit I like to use those bombastic words to those not really friendly with IT world.

So 1st question,the answers is

1. My1stop.my place where you can shop online. Meaning no need to go for out for window shopping the things or variety of products all in one site (My1stop.my).You can spend using your credit cards or using online banking system. No CASH needed.

2nd question how to use it??
2.Quite famous this question.So easy, here whether you can choose for window shopping,buy something or open your own E-store. For those who like for window shopping no need to open an account or log in as a user. You just wondering around the e-store.Then if you're interested to buy then you need to log in as user.
Not yet has an account there? Better start to register now because it's totally FREE. Then after you log in as a user, you can start to buy things you ADORE which rarely to be found at normal Shopping Mall.

I would like to add something regarding why we need to have an account here? 1st we need to prevent fraud while doing the transaction or in simple english prevent from being cheated from the buyer and the seller.

3. To be the member should I need to pay anything??? of course not because its totally free. Just fill in the form then within 24hours your account will be activate. But if you interested to be the seller for free you can upgrade your account to seller for start-up package for free. Free and free again...:D

The above are the few info I would like to share about My1stop..Till we meet again...:)

Wednesday, May 20, 2009

44 hari berlalu tanpa mu (dedikasi khas buat ayah)

Esok genap 44hari pemergian ayahanda ku tercinta.Tersisa cuma kenangan lama yang datang menerjah ruang fikiranku. Pemergian ayah cukup memberi kesan yang cukup mendalam buat kami sekeluarga terutama buat adik bongsu yang cukup akrab dengan ayah.
Kami seolah-olah kehilangan semangat spiritual.Untuk yang dapat aku rasakan.Bukan aku saja malahan turut kepada adik-adik.

Bila terkenang kisah lama-lama, banyak perkara yang tak sempat aku tebus terhadap ayah.Ku akui aku mmg tidak rapat dengan ayah disebabkan jurang umur dan beberapa perselisihan faham antara kami. Disebabkan marah dan kecil hati aku langsung tidak menjejaki kaki ke rumah ayah selama beberapa tahun. Sebagai tanda protes. Aku cuma bertemu ayah di kampung nenek ataupun di luar. Banyak kali dia pinta aku untuk pulang, tapi kerapkali aku berikan pelbagai alasan.

Walaupun hubungan kami agak renggang, dia sentiasa mempertahankan aku dimata pihak lain.Hinggakan tentang soal kerja ku di Kuala Lumpur dia yang cukup beria-ia memberikan sokongan serta doa yang tak pernah putus.Alhamdulilah berkat doa ayah serta ibu aku berjaya mendapat kerja yang lebih stabil. Kerna ego dan rasa kecil hati yang masih bersisa menyebabkan aku jarang benar menghubungi ayah.Namun ayah tak pernah berputus asa.Setiap bulan dia akan setia menghubungiku.Sehinggakan setiap kali Hari Raya Puasa hampir beberapa tahun aku tidak lagi mencium tangannya memohon keampunan.

Betul kata orang bila dah tiada baru nak terasa kehilangan.Itulah yang ku alami saat ini.Hati mula rindu pada kata nasihat yang pernah kenal putus asa. Di hati berasa sangat terkilan sebab aku tak sempat meminta maaf dan ampun, dan menjaganya di waktu sakit.Aku cuma sempat pulang 2 minggu sebelum ayah pergi buat selamanya. Sebaik saja aku mendapat berita ayah telah tiada...saat itu benar-benar merentap hati dan perasaan ku.Rasa kecewa,kesal,terkilan,sedih bercampur baur.

Dari peristiwa itu aku mulai sedar,perkara yang lepas jangan pernah disimpan didalam hati.Aku belajar untuk memaafkan kekurangan ayah,dan menyedari betapa kasihnya dia pada kami adik beradik tanpa mengharapkan balasan walau sedikit pun dari kami.Apa yang diharapkan kami berjaya dan bahagia di dunia dan akhirat.

Hari ini, hanya al-fatihah serta doa mengiringi pemergian ayahanda tercinta ke alam sana. Yang tinggal cuma semangat dan kasih sayang membuatkan aku dan adik-adik lebih tabah dan kuat menghadapi masa-masa mendatang tanpa ayah.

Al-fatihah buat ayahanda Ismail Abdul (1957-2009),Semoga roh ayah dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh.