Monday, December 29, 2008

Adios 2008 ..welcome 2009

Kali ni rasanya lebih aku berbahasa melayu pulak.Maaflah blog aku ni caca marba ikut mood..kadang-kadang dalam bahasa melayu kadang-kadang bahasa Inggeris.Sebab aku pun tak betul-betul customize blog aku betul-betul lagi.Sebab aku dalam arena blog masih baru dan tercari-cari identiti.Tapi apa yang aku pasti aku memang suka tulis dalam bahasa Melayu atau Inggeris.Aku rasa tulis dalam bahasa melayu aku jadi sedikit skema berbanding dengan bahasa Inggeris aku suka merapu walaupun tak berapa betul.Anyway thanks to my friend Bongkersz( c'nior blogger and FB frend) sebab dia aku perlahan-lahan menceburi bidang blogging ni.Thanks buddy.

Oklah tentang 2008...byk betul perubahan aku..memang tahun 2008 kira gelombang tsunami buat hidup aku. Bermula dari kisah cinta aku yang tragis , kejer kat tempat yang suck bersama-sama orang yang suck,jadi ratu airmata selama berbulan-bulan.Sampai satu tahap aku tersungkur gila babi.Alhamdulilah Tuhan tu Maha Penyayang dan Adil.Aku bangun semula dengan semangat baru.

Apa yang aku buat..
Cinta yang tragis aku lupakan.Anggap tak pernah wujud,as a result aku sangat happy.
Kejer kat tempat yang suck bersama-sama orang yang suck.Aku berbaik-baik,bodek-bodek dan ambil hati orang-orang yang suck sampai diaorg sukakan aku .Sampai aku terlupa diaorang ni suck.hehehhehe.
Kejer suck aku apply kejer baru kat Jobstreet.Semua interview aku pergi dan aku attend.Target aku time tu keluar dari kepompong sebelum hujung tahun 2008.
Aku nekad berhenti dengan sedikit duit simpanan,aku pindah KL.Memang aku benar-benar nekad dan tawakal padahal kejer tak dapat lagi.Memang tak pernah lah terlintas di fikiran aku untuk pindah KL sebab aku tak suka KL sangat.Nasib aku baik dapat kejer kat company IT .Disinilah aku bekerja sekarang.

Ratu airmata,hehehe ini lagi best.Aku stop crying one day.Aku hilangkan kesedihan dengan cari kawan baru di Facebook. Memang best macam-macam orang aku kawan.They all really supporting and fun.Aku join group political dalam FB.Diaorg dalam tu semua sempoi.Aku jadi ramah dan ceria dengn semua orang.Automatically aku dah tak hidup dalam kesedihan.

Kat atas tu antara perkara-perkara yg aku boleh recover.Perkara baru yang berlaku.

1)I'm not specky anymore sebab aku dah pakai contacts lens,hidup aku lebih ceria tanpa spec.
2)Aku dah pandai shopping kat untuk diri aku yang sebelum ini aku abaikan oleh sebab-sebab tertentu.
3)Aku support mak aku most of her thingy.Boleh spend lebih sikit untuk family dan belanja kawan-kawan yg baik dengan aku.
4) Aku dah pandai menderma apa yang patut(bukan nak riak atau show off ),yang sebelum ini aku abaikan.
5)Getting myself a blog.:D sangat-sangat happy coz got place to share with others eventhough I'm still newbie in blogging world.Thanks to Bongkersz.
6) Dapat ramai kawan baru dari pelbagai bangsa dan agama.Finally i feel myself part of Malaysian.Thanks to Kak Roshin coz introduce me to Facebook.
7)Learn a bit about website thingy from Kak Budy.

Perkara-perkara yang perlu dilakukan 2009

1) Selesaikan semua hutang piutang
2) Get myself a car
3) Lupa lak ..dapatkan lesen kereta dulu .
4)Bawa family bercuti ke Pulau Langkawi
5)To be a better muslim.
6)cari suami yang baik ......

Aku rasa itu sahaja kot.Jadi kat sini aku nak ambil kesempatan mengucapkan Selamat Menyambut Maal Hijrah 1430 serta Selamat menyambut Tahun Baru 2009 buat insan-insan yang membaca secara langsung atau tidak blog aku.Maafkan segala kekurangan pada blog aku dan insya allah aku akan improve blog aku lebih kepada yang lebih baik dan beridentiti tahun depan.


Salam tahun baru dan maal hijrah

putriratnasari

No comments: