Nina sedang tekun meneliti kertas kerja di atas mejanya tanpa menyedari jam sudah pun menunjukkan pukul 12.30 tghari.Waktu untuk makan.Tiba-tiba dia dikejutkan dengan bunyi telefon bimbitnya,lantas dia beralih melihat ke telefon bimbit nya.Kelihatan nama Fahmi terpapar pada skrin. Baru dia sedar bahawa sekarang sudah masa rehat.Selalunya Fahmi lah yang setia menghantar mesej setiap hari mengingatkan waktu makan untuk dia.
Seketika Nina meraup mukanya.Terdengar hembusan nafasnya yg seakan mengeluh."Fahmi, Fahmi kenapalah kau terlalu baik terhadap aku."Keluhnya perlahan. Nina termenung sebentar,lalu diambil telefon bimbitnya.Dia menekan-nekan kekunci telefon bimbit untuk membaca SMS Fahmi.Seperti yang dijangka ,bertanya khabar dan ssoalan kedua sudah makan atau belum.Nina membiarkan dulu soalan Fahmi tanpa balasan. Dia segera bergegas mengambil dompet dan telefon bimbitnya terus keluar dari pejabatnya.
>>>>>to be continue
What Book Are You Reading?
1 year ago
No comments:
Post a Comment