Sunday, August 23, 2009

Ramadhan Karim

Sedar tak sedar kita dah menjengah ke Bulan Ramdhan, bulan yang penuh keberkatan dan dinanti-nanti selama setahun oleh umat Islam. Selepas pemergian Tokwan , dan di ikuti Ustaz Asri dari Rabbani, boleh dikatakan banyak meninggalkan kesan kepada diri ini.Hidup bukan semata-mata mngejar dunia semata, tapi mengerjakan kewajipan yang telah diamanahkan Allah pada kita,dan memnyedari bahawa hidup sesudah mati itu pasti.
Alhamdulilah tahun ini aku mulakan Ramadhan dengan Solat Terawih di Surau berdekatan rumah. Waktu tidur ku dimalam hari agak kurang sedikit,kerna cuba disesuaikan dengan jadual bulan puasa , bermula dari berbuka sehingga ke solat terawih,mengemas dan seterusnya bangun awal pagi untuk menyiapkan juadah bersahur.

Rasa lucu pulak selalunya aku takda lah serajin ni,kalau nak dibandingkan dengan tahun lepas. Mungkin disebabkan pertambahan umur agaknya.

Ramadan ini mengundang ingatan ku pada yang telah pergi, terutama ayah dan tokwan ku. Setiap kali Ramadan juadah yang tidak pernah kulupakan yang menjadi kegemaran ayah ialah Murtabak beserta kuah jeruk bawang dan kuih talam. Di kampung selepas waktu sahur terngiang-ngiang suara ayah mengalunkan bacaan al-quran di benak ku.
Tokwan pula walaupun usianya agak lanjut,setiap kali Ramadan dia pasti tidak pernah ketinggalan menunaikan solat sunat terawih setiap malam Ramadan. Aku kagum bila mengingatkan semangatnya.

Semua itu sudah berlalu, aku cuma mampu mendoakan agar roh mereka berdua dicucuri rahmat, dan diampunkan dosa-dosa mereka yang lalu sempena bulan yang mulia ini.Yang tinggal cuma kenangan yang tak dapat dilupakan.

Jadi di kesempatan ini, aku ingin mengambil kesempatan mengucapkan selamat menyambut Ramadan, semoga amalan kita lebih diberkati di bulan yang Mulia ini.

Saturday, August 8, 2009