Friday, September 11, 2009

Rahmat di sebalik dugaan

Sedar tak sedar kita sudah memasuki Ramadan yang ke 22.Bermaksud lagi 8atau 7 hari Syawal akan menjelma. Alhamdulilah ibadah puasa dan terawih dapat aku jalani dengan baik. Cepat betul masa berlalu dan aku turut menyedari sudah setahun lebih aku bekerja di tempat kerja sekarang.Di tempat kerja ini aku perlahan-lahan bangki dari kekecewaan dan mengumpul sedikit demi sedikit kekuatan dan keyakinan diri untuk maju.

Aku juga bertemu dan berkenalan dengan rakan-rakan sekerja yang baik dan amat memahami diriku.Syukur atas kurnia yang diberikan olehNya. Tanpa aku dan rakan-rakan sedari, Bahtera yang kami tumpangi iaitu tempat kami mencari rezeki mula bergoyah. Pelbagai khabar angin yang kami dengari.Tapi kami masih bersatu hati berada disitu, dan melakukan tugasan seperti biasa.
Ternyata akhirnya bahtera yang kami tumpangi gagal bertahan.Demi memastikan bahtera itu tetap terapung , pengorbanan harus dilakukan.
Khabar angin makin kuat berhembus, menimbulkan tanda tanya, kegusaran di hati masing-masing.Sehingga pada suatu hari, salah seorang dari kami terpaksa meninggal kapal besar itu. Kami semua gempar dengan berita itu.
Akhirnya pengumuman dilakukan.Kami harus menerima kemungkinan diantara kami, ada yang harus berkorban meninggalkan bahtera yang telah kami tumpangi buat sekian lama. Sebak dan sedih kerna disitu kami mengenali erti persahabatan, susah senang ..pahit dan manis. Berita itu kami terima dengan rasa yang amat pedih.
Ada yang mungkin tinggal..ada yang perlu turun. Demi menyelamatkan sebuah bahtera yang suatu masa dulu gah belayar di lautan. Dari seorang ke lapan orang dan angka itu pasti meningkat.Itu pasti.sejauh mana bahtera itu mampu menampung.

Ternyata yg pergi merupakan teman teman rapat denganku.Menerima aku seadanya.Mengajar erti persahabatan yang hampir hilang dalam diri.Ramadan kali ini benar mengajar kami semua erti sabar dan redha menerima ketentuan -Nya.Tsunami ini membuatkan kami sedar ...bahawa bahtera yang kami tumpangi sukar bertahan dalam keadaan gelora yang kuat membadai.

Ramadan ini benar-benar menguji erti kesabaran, redha dan tabah menerima ujian ini. Ramadan yang memberikan erti yang sangat mendalam dan membuatkan kami semua sedar betapa berertinya Ramadan tahun ini.Sinar Syawal yg akan muncul, tidak lagi menjadi keghairahan buat kami seperti yg sebelumnya.

Mungkin Allah mahu menegur kami yg pernah dulu alpa, mengingatkan kami bahawa rahmatNya mengatasi segala -galanya. Kami terima dengan hati terbuka dan redha. Kami semua yakin diri untuk melangkah semula dan mulai pasti rahmat Allah terselindung di sebalik semua ujian ini.

Buat rakan-rakan , semoga ikatan ukhwah yang terjalin disepanjang perkenalan kita akan kekal walaupun kita punya jalan yang berbeza. Semoga kita diberikan kekuatan untuk menghadapi dengan pertolongan Allah.

Salam Ramadan penuh erti buat rakan-rakan seperjuangan, Salam kemaafan ku hulurkan andai ada salah dan silap.