Wednesday, May 20, 2009

44 hari berlalu tanpa mu (dedikasi khas buat ayah)

Esok genap 44hari pemergian ayahanda ku tercinta.Tersisa cuma kenangan lama yang datang menerjah ruang fikiranku. Pemergian ayah cukup memberi kesan yang cukup mendalam buat kami sekeluarga terutama buat adik bongsu yang cukup akrab dengan ayah.
Kami seolah-olah kehilangan semangat spiritual.Untuk yang dapat aku rasakan.Bukan aku saja malahan turut kepada adik-adik.

Bila terkenang kisah lama-lama, banyak perkara yang tak sempat aku tebus terhadap ayah.Ku akui aku mmg tidak rapat dengan ayah disebabkan jurang umur dan beberapa perselisihan faham antara kami. Disebabkan marah dan kecil hati aku langsung tidak menjejaki kaki ke rumah ayah selama beberapa tahun. Sebagai tanda protes. Aku cuma bertemu ayah di kampung nenek ataupun di luar. Banyak kali dia pinta aku untuk pulang, tapi kerapkali aku berikan pelbagai alasan.

Walaupun hubungan kami agak renggang, dia sentiasa mempertahankan aku dimata pihak lain.Hinggakan tentang soal kerja ku di Kuala Lumpur dia yang cukup beria-ia memberikan sokongan serta doa yang tak pernah putus.Alhamdulilah berkat doa ayah serta ibu aku berjaya mendapat kerja yang lebih stabil. Kerna ego dan rasa kecil hati yang masih bersisa menyebabkan aku jarang benar menghubungi ayah.Namun ayah tak pernah berputus asa.Setiap bulan dia akan setia menghubungiku.Sehinggakan setiap kali Hari Raya Puasa hampir beberapa tahun aku tidak lagi mencium tangannya memohon keampunan.

Betul kata orang bila dah tiada baru nak terasa kehilangan.Itulah yang ku alami saat ini.Hati mula rindu pada kata nasihat yang pernah kenal putus asa. Di hati berasa sangat terkilan sebab aku tak sempat meminta maaf dan ampun, dan menjaganya di waktu sakit.Aku cuma sempat pulang 2 minggu sebelum ayah pergi buat selamanya. Sebaik saja aku mendapat berita ayah telah tiada...saat itu benar-benar merentap hati dan perasaan ku.Rasa kecewa,kesal,terkilan,sedih bercampur baur.

Dari peristiwa itu aku mulai sedar,perkara yang lepas jangan pernah disimpan didalam hati.Aku belajar untuk memaafkan kekurangan ayah,dan menyedari betapa kasihnya dia pada kami adik beradik tanpa mengharapkan balasan walau sedikit pun dari kami.Apa yang diharapkan kami berjaya dan bahagia di dunia dan akhirat.

Hari ini, hanya al-fatihah serta doa mengiringi pemergian ayahanda tercinta ke alam sana. Yang tinggal cuma semangat dan kasih sayang membuatkan aku dan adik-adik lebih tabah dan kuat menghadapi masa-masa mendatang tanpa ayah.

Al-fatihah buat ayahanda Ismail Abdul (1957-2009),Semoga roh ayah dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh.

1 comment:

Cwynire said...

al-Fatihah ... Allah lebih menyayangi arwah. Masa untuk menunaikan hajat arwah utk melihat anak2nya berjaya dunia & akhirat, juga semoga tak lekang doa & sedekah pahala buat arwah ... itu yg terbaik dapat diberikan kpd seorang bapa sesudah pemergiannya. Semoga tabah selalu ...