Monday, April 5, 2010

Speed Networking

Ok arini aku bosan...so , rasanya hari ini aku nak share bende baru kat sini ..Speed Networking.
Apa tu? Itulah soalan pertama aku, bila diajak menghadiri Speed Networking. Meh kite goggle dalam wikipedia. "A method of making a potential business contact by briefly talking to people at an organized event and exchanging contact details". Jika di alih bahasa ke bahasa melayu.Cara untuk mendapatkan kenalan dari kalangan peniaga yang berpotensi , dengan cara memberi penerangan secara ringkas di dalam majlis yang diaturkan dan bertukar-tukar butiran perniagaan sesama peniaga. Bunyi macam susah nak paham.
Macam nilah, secara praktikalnya semalam apa yang aku lalui.Pergi ke majlis tu, ada talk skit tentang tax, pastu spedd networking bermula dengan setiap dari kami diberi gula2 hudson dan nicolet.Kami diasingkan mengikut kumpulan gula2 yang kami dapat. Setelah dibahagikan kepada 2 kumpulan, setiap kumpulan diberi masa 10 minit untuk memperkenalkan diri masing2.Aku termasuk dalam kumpulan gula hudson merah. :D Apa yang kami buat, setiap dari peserta kena kenalkan diri,sambil pass bisnes kad masing2.Bisnes apa yang diorg buat, dan apa yang mereka perlukan untuk majukan bisnes diaorg.Dalam masa 35 minit semua orang kita kenal.
Macam2 background yang aku jumpa.Ada yang lawyer,nak buka tempat untuk kursus bina semangat, pembuat dan pembekal air soya, editor majalah, Finance consultant(masih muda tp dah jadi MD), Human resources consultant dan ramai lagi . Kebanyakkan mengusahakan bisnes sendiri, dan ada yang baru nak berjinak-jinak dalam dunia perniagaan.

So, kepada kawan yang mahu mengambangkan business dan ingin mendapatkan kenalan perniagaan, boleh lah try speed networking yang dianjurkan oleh FB Uzaidi pages dan Usahawan Success(majalah).Boleh try cari kat Facebook.Tak silap diaorang akan anjurkan setiap hari Isnin di Sri Gombak . Kalau rasa berminat boleh cuba.

Rasanya itu jer dapat aku kongsikan harini.

No comments: