Sunday, April 4, 2010

Bila Aku Sudah Tiada

Hari ini antara hari-hari terakhir aku di pejabat sekarang.Insya allah kalau tiada aral melintang , kemungkinan aku akan mula bertugas di pejabat baru yang masih di KL. Perasaan aku?ntah bercampur baur, takut , risau, sedih, dan gembira. Kenapa? susah nak dijelaskan.Nak sedih sangat pun , kebanyakkan kawan2 bukan lagi kat sini.Kawan2 yang berkongsi susah senang aku mmg dah tk de. Happy sangat pun tak...aku cuma rasa sedikit risau nak berhijrah ke tempat baru, dimana semuanya baru, dan aku perlu bersedia dari segi mental.
.
Cuma masih ada saki baki kawan2 lama, yang masih menghargai aku kat sini...Masih ada yang agak berat melepaskan aku pergi. Tapi dalam hidup , kita perlu berubah dan tak takut dilambung ombak.Sampai bila kita nak berada dalam 'Comfort Zone' . Jadi aku kena ambil cabaran nih, dan berusaha menjadi terbaik, walaupun pemergian aku di iringi kata- kata negatif. Insya -Allah akan aku buktikan aku mampu melakukan terbaik.

Terasa akhir2 ni byk jugak dugaan, dari kerja, dan peribadi. Tapi semangat kena kuat, walau apapun, cabaran kena ditempuhi dengan hati yang ikhlas.

Sempena pemergian atau penghijrahan aku ke tempat baru...aku dedikasikan lagu ini buat kawan2 aku ..'Bila Aku sudah Tiada' ..Hopefully walaupun dah ada pengganti aku, semoga aku tak korang lupakan...

Semoga maju jaya kawan2 ku di sini..





1 comment:

asdsahar said...

eh..eh?..nak tukar tempat kerja? ke nak jadi surirumah sepenuh masa dalam waktu2 terdekat nie? whoaaaa!!! syabas!!