Wednesday, March 31, 2010

Hujan lagi

Ok arini ni nak bercerita tentang Hujan..
Saja buka topik santai2 di petang yang santai nih.Kebetulan KL memang hujan gerimis memang best jugak lah. Sebelum ni KL seperti yang kita maklum panas membahang. Alhamdulilah hujan turun lebat membasahi bumi KL yang agak kering sebelum ni.

Dalam minggu hujan ni pulak, kat belakang office aku ada roadshow F1 Mercedez GP Petronas. Bermula dari Isnin sampai Jumaat , ada mini konsert dan mcm2 aktiviti menarik. Mini konsert bermula pukul 5 petang sampai 6.30.Jadi aku dengan budak office aku boleh melayan live konsert dari office tingkat 8 dan 7 je. Abis je kje, kite org buat rombongan pegi tengok apa yang ada kat belakang tu.

Yang best Team F1 Mercedez GP Petronas turun , aku dan rakan-rakan seangkatan tak lepaskan peluang melihat lebih dekat muka-muka pemandu F1 terkenal,seperti Michael Schumacher (Juara dunia 7 kali berturut2), Nico Rosberg (tak berapa kenal tapi muka dia mmg cute), and Nick Heidfeld (lagi tak kenal but cute gak). Penampilan M. Schumacher memang tak menghampakan, dengan gaya PR,dan style juara memang terserlah. Aku 1st time tengok dia secara dekat,turut kagum sebentar.Sempat snap few photos guna kamera hp.

Berkisar tentang penglibatan Petronas dalam penajaan team Mercedes, aku sedikit hampa sikit, sebab ingatkan Petronas taja team tempatan, F1 Lotus rupanya aku tersalah sangka. Bukan rupanya. Bagi aku apapun,Petronas yang kaya tu sepatutnya sokong industri F1 tempatan dengan menaja team Malaysia.

Sebelum balik rumah kite orang lepak kat kedai mamak kat area KLCC. Sekali aku terpandang jejaka berambut ala2 Noh Hujan, pakai sweater dengn Hud.Aku tengoklah, sebab aku mmg minat rambut si Noh Hujan, dan style dia yang ala2 cute tu. Sekali lagi tengok memang dia. hehehhe. Excited aku memandang dia.Dia macam perasan ramai orang kat kedai mamak perasankan dia di situ.So dia cepat2 tarik hud dia tutup rambut dia yang mmg lawa.hehehhe.
Terasa nak snap gambar dia dengan seseorang yang aku kurang pasti gf atau kawan. Tapi tak pasal jadi gossip. So biarlah tu hal peribadi dia. Dia pun nampak cool je.

Tapi semalam aku memang release sedikit dr stress. Aku pun rasa happy dapat enjoy masa2 bersama kawan sepejabat, dimana tak lama lagi aku akan berpindah ke pejabat lain.

No comments: