Tuesday, February 17, 2009

Malaysia Politics going to be suck

Well..nak citer apa pulak hari ni..Politik tanahair..Aku suka gak ikut perkembangan terkini dan mutakhir.Tapi aku malas nak komen lebih-lebih..Aku lebih suka jadi observer jer.Orang kata play safe tambah-tambah aku ni orang biasa bukan orang politik.Nak kata aku atas pagar pun tidak jugak. Mana aku rasa betul berdasarkan akal yang dikurniakan Tuhan aku sokong.

Napa aku letak tajuk yang suck. Hehehe..Sbb aku dah sampai satu tahap aku dah tak boleh terima semua berita-berita politik yang semakin ntah apa-apa.Aku ingatkan selepas Pilihanraya 8 March 2008 dimana kita dikejutkan Parti memerintah sekarang kehilangan majoriti undi.Bagi aku nampak lah sikit angin perubahan masyarakat Malaysia.Jadi kita sebagai rakyat malaysia nampaklah ada Check and Balance dalam pemerintahan .Lepas tu kita sebagai Rakyat Malaysia boleh bersatu menghadapi cabaran global.Ini tidak lepas satu satu perkara yang timbul dalam politik Malaysia,sampai aku sendiri jadi pelik.Mcm mana nak hadapi krisis ekonomi global Malaysia sendiri sibuk berpolitik dan skandal sana skandal sini.

Takpa lah tahun lepas aku boleh ok,kot tahun depan Insya allah ada perubahan orang kata 'all the politician' jadi lebih matang.Lebih buat kerja dari sibuk berpolitik.Sekali lagi punah semua harapan.Aku rasa awal-awal tahun lagi berlambak cerita dan ceritera politik sampai aku jadi muak nak tengok berita.Pastu cerita kureeeng betul pulak tu. Banyak pulak spin-spin nyer walaupun kita ni sebagai i manusia yg diberikan akal untuk berfikir jadi confused.Padahal terang-terangan secara lojik perkara tu tak betul.Sampai mak aku pernah cakap."mak yang org kampung tak reti politik pun tahu siapa betul siapa salah".Dalam hati aku cakap gak terer jugak mak aku nih walaupun belajar tak tinggi.

Satu tahap aku mmg tak boleh telan cerita kat berita.Pukul 8 malam jer aku tukar channel astro takpun aku buka internet.Ada gak faedah.Aku cuma tengok berita sukan saja .Sekarang bulan February aku dah betul give up tengok berita dan baca suratkhabar.Aku pun malas nak bgtau kat sini berita-berita apa yg buat aku SUCK tapi kalu korang baca post aku,confirm korang tahu.So untuk memastikan aku tak rasa suck aku pergilah layan gossip artis.syok skit..hihihi.

So apa yang aku nak conclude kat sini..aku mmg dah bosan dengan semua putar alam politik tanahair.Hello wake up please..Dunia ni sementara je.Kuasa dan wang kekal kat dunia.Tak laku nak rasuah kat kubur nanti. Kekuasaan,duit semuanya datang dari Tuhan..Apa yang aku pasti dan yakin Kebenaran pasti mengatasi Kebatilan.Walaupun dalma keadaan sekarang aku nampak kejahatan mengatasi kebaikkan..Ala-ala dark witch mula menguasai bumi,dan nak semua orang tunduk bawah kekuasaan Dark Witch.

The Lion cuba mempertahankan kebenaran tapi terpaksa korbankan diri untuk kebaikkan.Sampai satu tahap kita rasa Kebaikkan takkan MENANG. Tapi jangan pernah lupa kat filem ending nye Pasti kebaikkan menang.So jangan putus harapan k.


sampai bertemu lagi..

1 comment:

Cwynire said...

Sama la kite ... muak sungguh ngan politik skrg ni. Dulu rajin gak layan forum2 politik (berita mmg bosanla dulu sampai skrg). Skrg dah malas sbb pressure sia2 ... camnalah Malaysia nak soar? Fokus pemerintah masih tak sepenuhnya pd memperbaiki pentadbiran, menyelesaikan masalah2 negara, meningkatkan R&D ... sebaliknya asyik nak menjatuhkan pihak lain ... letihla ...

Tp i amik tau gak la skit2 ... sbb nnti nak ngundi kan, tunaikan kewajipan pd negara ...

Malaysia oh Malaysia ...