Monday, April 5, 2010

Speed Networking

Ok arini aku bosan...so , rasanya hari ini aku nak share bende baru kat sini ..Speed Networking.
Apa tu? Itulah soalan pertama aku, bila diajak menghadiri Speed Networking. Meh kite goggle dalam wikipedia. "A method of making a potential business contact by briefly talking to people at an organized event and exchanging contact details". Jika di alih bahasa ke bahasa melayu.Cara untuk mendapatkan kenalan dari kalangan peniaga yang berpotensi , dengan cara memberi penerangan secara ringkas di dalam majlis yang diaturkan dan bertukar-tukar butiran perniagaan sesama peniaga. Bunyi macam susah nak paham.
Macam nilah, secara praktikalnya semalam apa yang aku lalui.Pergi ke majlis tu, ada talk skit tentang tax, pastu spedd networking bermula dengan setiap dari kami diberi gula2 hudson dan nicolet.Kami diasingkan mengikut kumpulan gula2 yang kami dapat. Setelah dibahagikan kepada 2 kumpulan, setiap kumpulan diberi masa 10 minit untuk memperkenalkan diri masing2.Aku termasuk dalam kumpulan gula hudson merah. :D Apa yang kami buat, setiap dari peserta kena kenalkan diri,sambil pass bisnes kad masing2.Bisnes apa yang diorg buat, dan apa yang mereka perlukan untuk majukan bisnes diaorg.Dalam masa 35 minit semua orang kita kenal.
Macam2 background yang aku jumpa.Ada yang lawyer,nak buka tempat untuk kursus bina semangat, pembuat dan pembekal air soya, editor majalah, Finance consultant(masih muda tp dah jadi MD), Human resources consultant dan ramai lagi . Kebanyakkan mengusahakan bisnes sendiri, dan ada yang baru nak berjinak-jinak dalam dunia perniagaan.

So, kepada kawan yang mahu mengambangkan business dan ingin mendapatkan kenalan perniagaan, boleh lah try speed networking yang dianjurkan oleh FB Uzaidi pages dan Usahawan Success(majalah).Boleh try cari kat Facebook.Tak silap diaorang akan anjurkan setiap hari Isnin di Sri Gombak . Kalau rasa berminat boleh cuba.

Rasanya itu jer dapat aku kongsikan harini.

Sunday, April 4, 2010

Bila Aku Sudah Tiada

Hari ini antara hari-hari terakhir aku di pejabat sekarang.Insya allah kalau tiada aral melintang , kemungkinan aku akan mula bertugas di pejabat baru yang masih di KL. Perasaan aku?ntah bercampur baur, takut , risau, sedih, dan gembira. Kenapa? susah nak dijelaskan.Nak sedih sangat pun , kebanyakkan kawan2 bukan lagi kat sini.Kawan2 yang berkongsi susah senang aku mmg dah tk de. Happy sangat pun tak...aku cuma rasa sedikit risau nak berhijrah ke tempat baru, dimana semuanya baru, dan aku perlu bersedia dari segi mental.
.
Cuma masih ada saki baki kawan2 lama, yang masih menghargai aku kat sini...Masih ada yang agak berat melepaskan aku pergi. Tapi dalam hidup , kita perlu berubah dan tak takut dilambung ombak.Sampai bila kita nak berada dalam 'Comfort Zone' . Jadi aku kena ambil cabaran nih, dan berusaha menjadi terbaik, walaupun pemergian aku di iringi kata- kata negatif. Insya -Allah akan aku buktikan aku mampu melakukan terbaik.

Terasa akhir2 ni byk jugak dugaan, dari kerja, dan peribadi. Tapi semangat kena kuat, walau apapun, cabaran kena ditempuhi dengan hati yang ikhlas.

Sempena pemergian atau penghijrahan aku ke tempat baru...aku dedikasikan lagu ini buat kawan2 aku ..'Bila Aku sudah Tiada' ..Hopefully walaupun dah ada pengganti aku, semoga aku tak korang lupakan...

Semoga maju jaya kawan2 ku di sini..





Wednesday, March 31, 2010

Hujan lagi

Ok arini ni nak bercerita tentang Hujan..
Saja buka topik santai2 di petang yang santai nih.Kebetulan KL memang hujan gerimis memang best jugak lah. Sebelum ni KL seperti yang kita maklum panas membahang. Alhamdulilah hujan turun lebat membasahi bumi KL yang agak kering sebelum ni.

Dalam minggu hujan ni pulak, kat belakang office aku ada roadshow F1 Mercedez GP Petronas. Bermula dari Isnin sampai Jumaat , ada mini konsert dan mcm2 aktiviti menarik. Mini konsert bermula pukul 5 petang sampai 6.30.Jadi aku dengan budak office aku boleh melayan live konsert dari office tingkat 8 dan 7 je. Abis je kje, kite org buat rombongan pegi tengok apa yang ada kat belakang tu.

Yang best Team F1 Mercedez GP Petronas turun , aku dan rakan-rakan seangkatan tak lepaskan peluang melihat lebih dekat muka-muka pemandu F1 terkenal,seperti Michael Schumacher (Juara dunia 7 kali berturut2), Nico Rosberg (tak berapa kenal tapi muka dia mmg cute), and Nick Heidfeld (lagi tak kenal but cute gak). Penampilan M. Schumacher memang tak menghampakan, dengan gaya PR,dan style juara memang terserlah. Aku 1st time tengok dia secara dekat,turut kagum sebentar.Sempat snap few photos guna kamera hp.

Berkisar tentang penglibatan Petronas dalam penajaan team Mercedes, aku sedikit hampa sikit, sebab ingatkan Petronas taja team tempatan, F1 Lotus rupanya aku tersalah sangka. Bukan rupanya. Bagi aku apapun,Petronas yang kaya tu sepatutnya sokong industri F1 tempatan dengan menaja team Malaysia.

Sebelum balik rumah kite orang lepak kat kedai mamak kat area KLCC. Sekali aku terpandang jejaka berambut ala2 Noh Hujan, pakai sweater dengn Hud.Aku tengoklah, sebab aku mmg minat rambut si Noh Hujan, dan style dia yang ala2 cute tu. Sekali lagi tengok memang dia. hehehhe. Excited aku memandang dia.Dia macam perasan ramai orang kat kedai mamak perasankan dia di situ.So dia cepat2 tarik hud dia tutup rambut dia yang mmg lawa.hehehhe.
Terasa nak snap gambar dia dengan seseorang yang aku kurang pasti gf atau kawan. Tapi tak pasal jadi gossip. So biarlah tu hal peribadi dia. Dia pun nampak cool je.

Tapi semalam aku memang release sedikit dr stress. Aku pun rasa happy dapat enjoy masa2 bersama kawan sepejabat, dimana tak lama lagi aku akan berpindah ke pejabat lain.

Saturday, March 27, 2010

Drama King

Quite sometimes I didn't update my blog. Starting December last year I'm tied with few tasks been assign by my employer..I missed few events with family and friends..What to do ..I'm doing for company sake and then myself. Feeling tired actually with some drama around me since last year. But me as a professional try to separate personal matters from my works. Sometime yes I can separate but most of the time NO. I'm still human with heart and feelings,also come with the brain.Of course obviously I can see clearly what is right what is wrong , but at he end I will be confused, who can be trust.
But somehow, I need to be firm in order to complete my task. I pushed all the emotional an personal thingy aside, and back to work. After struggling like hell to complete all the tasks..Finally I came to the end . Alhamdulilah me and the team finally complete the task successfully. Praise to Allah.
Feeling tired watching all the drama kings and queen around me. Do not know who to trust.Order of the day, I should take another new step away from all dramas .

Thursday, February 25, 2010

Dah lama tak berblog

Lama betul aku tak berblog..sampai blog aku nih dah bersarang ..huhuhu..Tapi syukur Alhamdulilah aku kembali ada masa nak berblog.Bukan apa awal tahun aku bz dengn mcm2 perkara,sampai semua social networking terpaksa aku lupakan sementara.

Oklah sekarang kita dah masuk tahun 2010..agak terlewat nak wrap up 2009 punya cerita..So kita move on lah kan ke tahun 2010 dengan azam baru untuk menjadi hamba Allah yg lebih baik dr sebelumnya. Hopefully dan tahun 2010 byk perkara yg aku plan alhamdulilah all in progress. Mcm rumah ..in progress lagi tapi SNP dah dapat, so nak kena proceed ke EPF , dan lawyer bank.

Lesen kereta dah siap n lulus dengan baik. Cuma nak bawak kereta nak kena praktis byk2.hahahha.takpa cabaran tu. Satu lagi aku plan nak cari tempat kejer baru kalu ada rezeki..Insya Allah semoga dipermudahkan segalanya. Amin

Jodoh, ok aku tau aku gak berumur sedikt tua dr dolu..tapi insya Allah thn depan ada rezeki mungkin ada.hehehhe..

Selain drpd itu,aku dah boleh biasakan diri handle anak2 sedara ku yg cute tapi datang nakalnya huhuhu..mau poning pala..tapi its ok..walaupun aku garang..aku still sayang kat budak2 ni..diaorg lah yg selalu memeriahkan suasana di waktu cuti aku..

Disebakan hari ini merupakan Maulidur Rasul, so aku nak amik kesempatan mengucapkan selamat menyambut Malulidur Rasul, dan ada masa amiklah kesempatan ini menghayati pengorbanan Rasulullah SAW . Sama2 kita hayati sunnah dan amal2kan dalam kehidupan seharian.tak banyak skit , at least kita buat jugak. Kalu dalam diri kita tak bermula siapa lagi kan..:)


Wednesday, October 7, 2009

Eager to be beautiful

Every women in this world wanna be beautiful, lovely and adore by others.I'm one of it. :) Actually I'm having problem with my face.What happen to my face??On last Ramadhan my face had been attacked by pimples..and it become more and more each day.My cheek become red due to few outbreak pimples..I really hate to see my face at the mirror.
I tried everything including,using 2 types of facial scrubs plus regular facial wash everytime I wash my face. With hope that the pimples will stop and will remove all the pimple's scar on my face.So on Hari Raya I will get my pretty skin back.
Unfortunately it become worse.So then I tried something like beauty soap.Walla more pimples coming out. Ok fine .I stopped using those scrubs, soap and what so ever.Back to my normal routine using facial wash, toner and pimples gel. So far I'm not so irritated .Pimples slowly stop from coming out.Fuhh what a relieve.
Then I meet one of my colleagues after Hari Raya.Her face had lots of pimples than before.So I ask her what happen? She said, due to her eager to get prefect skin face now her face getting worse.She told me, she had undergo facial treatment.Then see what happen to my face.

Alright , now moral of the story never get cheated by beauty products or service.

Friday, September 11, 2009

Rahmat di sebalik dugaan

Sedar tak sedar kita sudah memasuki Ramadan yang ke 22.Bermaksud lagi 8atau 7 hari Syawal akan menjelma. Alhamdulilah ibadah puasa dan terawih dapat aku jalani dengan baik. Cepat betul masa berlalu dan aku turut menyedari sudah setahun lebih aku bekerja di tempat kerja sekarang.Di tempat kerja ini aku perlahan-lahan bangki dari kekecewaan dan mengumpul sedikit demi sedikit kekuatan dan keyakinan diri untuk maju.

Aku juga bertemu dan berkenalan dengan rakan-rakan sekerja yang baik dan amat memahami diriku.Syukur atas kurnia yang diberikan olehNya. Tanpa aku dan rakan-rakan sedari, Bahtera yang kami tumpangi iaitu tempat kami mencari rezeki mula bergoyah. Pelbagai khabar angin yang kami dengari.Tapi kami masih bersatu hati berada disitu, dan melakukan tugasan seperti biasa.
Ternyata akhirnya bahtera yang kami tumpangi gagal bertahan.Demi memastikan bahtera itu tetap terapung , pengorbanan harus dilakukan.
Khabar angin makin kuat berhembus, menimbulkan tanda tanya, kegusaran di hati masing-masing.Sehingga pada suatu hari, salah seorang dari kami terpaksa meninggal kapal besar itu. Kami semua gempar dengan berita itu.
Akhirnya pengumuman dilakukan.Kami harus menerima kemungkinan diantara kami, ada yang harus berkorban meninggalkan bahtera yang telah kami tumpangi buat sekian lama. Sebak dan sedih kerna disitu kami mengenali erti persahabatan, susah senang ..pahit dan manis. Berita itu kami terima dengan rasa yang amat pedih.
Ada yang mungkin tinggal..ada yang perlu turun. Demi menyelamatkan sebuah bahtera yang suatu masa dulu gah belayar di lautan. Dari seorang ke lapan orang dan angka itu pasti meningkat.Itu pasti.sejauh mana bahtera itu mampu menampung.

Ternyata yg pergi merupakan teman teman rapat denganku.Menerima aku seadanya.Mengajar erti persahabatan yang hampir hilang dalam diri.Ramadan kali ini benar mengajar kami semua erti sabar dan redha menerima ketentuan -Nya.Tsunami ini membuatkan kami sedar ...bahawa bahtera yang kami tumpangi sukar bertahan dalam keadaan gelora yang kuat membadai.

Ramadan ini benar-benar menguji erti kesabaran, redha dan tabah menerima ujian ini. Ramadan yang memberikan erti yang sangat mendalam dan membuatkan kami semua sedar betapa berertinya Ramadan tahun ini.Sinar Syawal yg akan muncul, tidak lagi menjadi keghairahan buat kami seperti yg sebelumnya.

Mungkin Allah mahu menegur kami yg pernah dulu alpa, mengingatkan kami bahawa rahmatNya mengatasi segala -galanya. Kami terima dengan hati terbuka dan redha. Kami semua yakin diri untuk melangkah semula dan mulai pasti rahmat Allah terselindung di sebalik semua ujian ini.

Buat rakan-rakan , semoga ikatan ukhwah yang terjalin disepanjang perkenalan kita akan kekal walaupun kita punya jalan yang berbeza. Semoga kita diberikan kekuatan untuk menghadapi dengan pertolongan Allah.

Salam Ramadan penuh erti buat rakan-rakan seperjuangan, Salam kemaafan ku hulurkan andai ada salah dan silap.